Falsafah
pendidikan negara yang memfokuskan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Hal ini bertujuan untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan pembangunan negara.
Berdasarkan
penyelidikan dan penilaian yang mendalam dan menyeluruh terhadap sistem pendidikan
semasa di Malaysia, Kerajaan telah menghasilkan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara
yang berhasrat agar rakyat Malaysia dapat meneroka dan merintis peluang yang lebih
meluas ke arah menghasilkan rakyat yang berpendidikan tinggi dan berdaya saing.
Pendidikan sememangnya memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi dan
pembangunan sesebuah negara. Dalam situasi ekonomi global masa ini, kejayaan
sesebuah negara bergantung pada pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang
dimiliki oleh rakyatnya sekaligus dapat menjana ekonomi dengan pesat demi kemakmuran
negara. Hal ini akan meningkatkan kualiti hidup masyarakat sekaligus menjadikan
masyarakat yang bergiat aktif dalam pelbagai bidang dan menyumbang kepada pembangunan
negara.
Apabila
kerajaan ingin mentransformasikan pendidikan negara secara automatiknya
kerajaan ingin transformasikan Malaysia
ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju dalam pelbagai aspek. Pelan pendidikan
yang telah digubal bukan sahaja mentransformasikan rakyat ke arah lebih baik,
tetapi ia juga bertujuan memupuk semangat perpaduan rakyat sekaligus dapat
memajukan negara dan menaikkan taraf negara Malaysia ke arah global. Oleh itu,
pendidikan sememangnya merupakan tunjang kepada pembangunan negara.
No comments:
Post a Comment