Pasar
Malam Changlun yang lebih dikenali oleh penduduk setempat sebagai PMC yang
merupakan di antara pasar malam yang besar yang terdapat di Changlun, Kedah.
Ianya terletak di simpat empat dan sepanjang lorong di Pekan Changlun.
Pasar malam ini diadakan pada setiap
hari rabu dari jam 4 petang hingga lebih kurang jam 11 malam. Lokasi PMC yang
strategik menjadi tumpuan kepada masyarakat setempat untuk berkunjung untuk
membeli. Pasar malam ini secara majoritinya dikunjungi oleh pelajar dari
Universiti Utara Malaysia, Matrikulasi dan penduduk kampung tempatan. Kedudukan
pasar malam yang strategik memberi kelebihan kepada PMC kerana terletak di
laluan utama di pekan Changlun. Dengan kedudukan tapak berniaga yang strategik
membolehkan masyarakat setempat berkunjung ke PMC.
Terdapat
lebih 100 orang peniaga yang menjual pelbagai jenis makanan, pakaian dan
lain-lain barang keperluan. Apa yang menarik PMC ini ialah pelbagai juadah
makanan dan minuman yang dijual di sini. Antara makanan yang menarik dijual di
pasar malam Changlun Laksa Kelantan, Bihun Sup Kedah, Nasi Kerabu, pelbagai
makanan bergoreng, kuih muih tradisional dan lain-lain. Walaupun berada di
negeri Kedah, orang ramai boleh merasa pelbagai makanan dari pelbagai negeri. Hal
ini merupakan tarikan utama Pasar Malam Changlun ini.
Disamping
itu juga terdapat gerai yang menjual pakaian yang murah yang mampu menarik
ramai pelanggan seperti kain batik, pelbagai baju fesyen terkini sama ada
lelaki atau perempuan. Di pasar malam ini juga terdapat pelbagai gerai mudah
alih, yang menjual barang-barangan seperti makanan dan hasil tani seperti
seperti sayur, buah, daging dan barangan basah yang lain. Barangan lain seperti
permainan, perkakasan, buku, baju dan sebagainya turut ada dijual di Pasar
Malam Changlun ini. Harganya yang berpatutan menarik orang ramai datang
mengunjungi . Amalan tawar menawar merupakan amalan biasa di pasar malam.
PMC
membawa banyak faedah kepada masyarakat setempat. Salah satu faedah PMC kepada
penduduk setempat ialah dapat menjana ekonomi penduduk setempat. Kebanyakan
peniaga di PMC terdiri daripada penduduk
sekitar di kawasan Changlun. Dengan adanya
pasar malam akan membuka peluang kepada penduduk setempat untuk berniaga
dan dapat menambah pendapat mereka. Terdapat juga peniaga bukan daripada
penduduk setempat iaitu masyarakat luar dari Changlun.
No comments:
Post a Comment