Komunikasi silang
budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang
pelbagai. Komunikasi ini berlaku apabila
kita bercakap dengan orang yang berbeza bangsa, ras, bahasa, agama, tingkat pendidikan
dan status sosial. Komunikasi silang budaya ialah komunikasi dengan mereka yang
berlainan etnik dan jantina dalam pelbagai konteks seperti konteks pendidikan,
politik, teknologi dan lain-lain. Orang yang menghasilkan mesej dan orang yang
mentafsirkan mesej terdiri daripada individu yang berlainan budaya. Identiti
sosial antara pemberi komunikasi itu juga
adalah berbeza. Tahap silang budaya boleh diukur berdasarkan padangan
terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah laku, sistem kod serta tanggapan terhadap
hubungan. Setiap budaya mempunyai tanggapan masing-masing mengenai apa yang
betul atau salah.
Semua komunikasi ada
unsur silang budaya hanya sama ada ia pada tahap yang tinggi, sederhana atau
rendah. Komunikasi sangat berbudaya
ialah komunikasi pada tahap perbezaan budaya adalah sangat tinggi. Komunikasi
kurang berbudaya ialah tahap perbezaan budaya yang rendah. Hal ini bermaksud dalam kalangan masyarakat itu
sendiri tidak mempunyai pelbagai kebudayaan yang terlalu banyak serta sangat
kurang adat resamnya.
Antara contoh
komunikasi silang budaya ialah interaksi antara pelajar Kemboja dengan pelajar
Melayu dari Universiti Utara Malaysia sebagai antara bangsa, interpersonal
dalam konteks pendidikan, CEO berbangsa Jepun berinteraksi dengan pengurusnya
yang berbangsa Cina Malaysia tentang projek perniagaan mereka dan seorang
pelancong Indoneasia berurusan dengan pegawai imigrasen di pejabat imigrasi
Malaysia.
No comments:
Post a Comment