Hari Raya Aidiladha
adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam
memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan
kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah S.W.T. Hari Raya
Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan
terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Hari Raya Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas
bulan Zulhijjah setiap tahun. hari tersebut akan bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10
Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi
10 Zulhijjah. Sambutan Hari Raya Aidiladha diikuti dengan ibadah korban yang
boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Hari
Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah,
mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan,
tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan
Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan. Pada hari
raya ini, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling
bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat
Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan
diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Kelebihan
ataupun fadilat yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala di dalam
melakukan ibadah ini di antaranya ialah kita akan mendapat kedudukan yang mulia
di sisi Allah S.W.T. Kita juga diberi peluang untuk menebus dosa iaitu dengan
melalui setiap titisan darah binatang yang dikorbankan dan binatang-binatang
ini juga bakal menjadi tunggangan di atas titian sirat pada akhirat nanti. Bulu-bulu
binatang yang dikorbankan itu juga adalah merupakan satu kebajikan. Kelebihan
ibadah korban dari aspek kemasyarakatan dan kemanusiaan pula ialah kita dapat mewujudkan
suasana harmoni, kerjasama dan kasih sayang antara satu sama lain sekaligus
mengeratkan hubungan sillaturrahim. Ibadah korban ini juga membantu untuk melahirkan
masyarakay yang bersikap penyayang, bersifat suka berkorban dan bersedekah.
No comments:
Post a Comment