Syiah
ialah satu mazhab yang mendakwa Saidina Ali sebagai pengganti Nabi Muhammad SAW
yang sah dan lebih utama daripada para sahabat lain. Golongan Syiah
merendah-rendahkan kedudukan para sahabat Nabi SAW serta mengkafirkan mereka
terutamanya tiga khalifah al-Rasyidin iaitu Saidina Abu Bakar, Saidina Umar
Al-Khatab dan Saidina Uthman Affan. Ajaran Syiah pada hakikatnya adalah satu
ajaran yang dirancang dan disusun sekian lama oleh musuh-musuh Islam. Ia
merupakan hasil dan buah daripada pokok-pokok beracun yang ditanam oleh musuh-musuh
Islam di bumi Islam.
Ajaran
Fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah
Wal Jama’ah dan menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama,
perpaduan bangsa dan keamanan negara. Dalam perkembangan terbaru fahaman Syiah
di Malaysia. Mereka sudah berani menonjolkan diri menghentam Mufti yang diamanahkan
oleh Sultan dan Raja-Raja Melayu menjaga Agama Islam dan pegangan fahaman Ahli
Sunnah Wal Jemaah. Mereka melontarkan tuduhan bahawa sahabat menyembunyikan
fakta-fakta penting agama dan juga menyelewengkan al-Quran. Mereka meragui
kebenaran dan kesahihan ajaran Islam yang ada pada hari ini kerana ianya dibawa
oleh sahabat Nabi S.A.W yang dikatakan munafik dan kafir dan sebagai alternatif
mereka cuba menampilkan satu bentuk ajaran lain iaitu Syiah yang kononnya datang
dari anak cucu Nabi s.a.w atau lebih dikenali sebagai Ahlul bait.
Antara
fatwa palsu yang dikeluarkan oleh golongan Syiah adalah mereka tidak memandang berat
terhadap sembahyang, zakat dan haji. Mereka telah menghalalkan perkahwinan
mutaah. Untuk menggalakkan amalan tersebut, golongan Syiah mereka hadith-hadith
palsu yang disandarkan kepada Imam dua belas mereka. Oleh itu mana-mana orang
Islam atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman
tersebut adalah dilarang kerana ia bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal
Jama’ah.
No comments:
Post a Comment